Jangan pilih ikut emosi - Utusan Malaysia

Jangan pilih ikut emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 10 Feb. – Para pe­ngundi yang membuat pi­lihan berdasarkan kepada emosi semata-mata boleh meng­akibatkan negara terjerumus ke dalam masa depan yang gelap dan tidak menentu.

Ahli Parlimen Rembau, Khai­ry Jamaluddin berkata, mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh kerajaan sedia ada sejak merdeka hingga kini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, sudah tentu tidak ada manusia yang sempurna tetapi perkara baik yang telah dilakukan oleh kerajaan selama ini harus menjadi pertimbangan kepada rakyat ketika membuat pilihan.

“Saya tak rela dan tak boleh melihat negara dan kestabilan politik hancur kerana emosi kita semasa mengundi yang akan membawa masa depan gelap pada negara.

“Saya minta kita fikir dengan mendalam dan tolak ke tepi be­rita palsu, fitnah dan rasa tidak puas hati, sebaliknya fokus pada kebaikan yang ada pada negara,” katanya ketika merasmikan Pesta Perpa­duan Ponggal peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi di Bandar Seremban Selatan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Wahid dan Ketua MIC Bahagian Rembau, V. S. Mogan.

Khairy berkata, kestabilan menjadi asas kepada perpaduan di negara ini dan ia akan terjejas sekiranya pengundi membuat pilihan yang salah.

Dalam majlis tersebut, seramai 500 masyarakat India di kawasan setempat memeriahkan pesta kebudayaan tersebut.

Khairy turut menyampaikan sumbangan RM305,000 kepada lapan rumah ibadat di sekitar Parlimen Rembau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×