Jumlah korban gempa bumi di Taiwan meningkat 15 orang - Utusan Malaysia

Jumlah korban gempa bumi di Taiwan meningkat 15 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 10 Feb. – Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.4 magnitud di Hualien, di sini meningkat kepada 15 orang.

Anggota penyelamat yang sedang mencari ahli keluarga pelancong warga China yang masih hilang menemukan tiga lagi mayat di bawah runtuhan bangunan.

Berpuluh-puluh anggota penyelamat berhempas pulas menggali sisa runtuhan bangunan pangsapuri 12 tingkat Yun Tsui yang condong 50 darjah sekali gus menyukarkan usaha menyelamat ekoran kebimbangan bangunan itu runtuh.

Menurut pihak berkuasa, tiga mayat yang ditemukan itu dan satu pasangan yang hilang dipercayai merupakan anggota sebuah keluarga dari Beijing yang tiba di Taiwan pada Isnin lalu.

Mereka menginap dalam sebuah bilik di tingkat dua sebuah hotel di Hualien ketika kejadian berlaku. – AFP

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×