Mohamed Nazri doakan Dr. Mahathir cepat sembuh - Utusan Malaysia

Mohamed Nazri doakan Dr. Mahathir cepat sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG RENGAS 10 Feb. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendoakan agar Tun Mahathir Mohamed cepat pulih setelah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur semalam untuk mendapat rawatan.

Menurut Mohamed Nazri, beliau tetap mendoakan kesihatan Tun Mahathir kerana apa juga perbezaan pendapat sesama mereka, itu cuma politik.

“Dari segi kesihatan seseorang, saya sentiasa berharap beliau akan pulih dan pulang ke pangkuan keluarga secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Pemukiman Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Cheh Hulu, Kati dekat sini hari ini.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, IJN memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dimasukan ke dalam wad bagi mendapat rawatan kerana jangkitan paru-paru berikutan batuk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×