Berita tular Rohani sakit, dikejar ke hospital tidak benar - Utusan Malaysia

Berita tular Rohani sakit, dikejar ke hospital tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 9 Feb. – Berita tular di beberapa laman sosial dan portal berita yang melaporkan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tiba-tiba jatuh sakit dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini, adalah tidak benar.

Setiausaha Akhbar Menterinya, Kamarul Farid Kamaruddin dalam kenyataan di sini, menafikan Rohani sakit dan dimasukkan ke HUS, sebaliknya beliau ke hospital kerana membuat pemeriksaan kesihatan disebabkan mengalami demam biasa.

“Merujuk kepada kenyataan di beberapa laman sosial dan portal berita, adalah dimaklumkan bahawa keadaan kesihatan Datuk Seri Rohani adalah tidak seperti mana yang dilaporkan.

“Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB) yang baru sahaja diumumkan hari ini tidak dikejarkan ke HUS seperti didakwa.

“Beliau ke HUS untuk pemeriksaan kesihatan biasa dan dilaporkan hanya mengalami demam biasa,” katanya.

Tambah Kamarul, kenyataan yang mengesahkan keadaan kesihatan Rohani daripada sumber Setiausaha Politik, Saifuddin Matsah dan Setiausaha Kanan, Reza Rizvy adalah tidak benar sama sekali. – UTUSAN ONLINE

ANGELINA SINYANG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×