Sindiket penyeludupan manusia tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket penyeludupan manusia tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Jabatan Imigresen Malaysia menahan seorang ‘tekong darat’ warga Indonesia dan ‘transporter’ warga tempatan dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Melaka, Selangor dan ibu negara, awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam operasi bersepadu kira-kira pukul 2 pagi itu, sebanyak 11 warga Indonesia turut ditahan termasuk seorang wanita.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut mereka turut menyita dua kenderaan persendirian jenis sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV), dua teksi dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM30,000.

“Serbuan berkenaan merupakan hasil perkongsian maklumat perisikan antara agensi berkaitan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitkan sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan Mukim Padang Temu, Melaka.

“Pada 8 Februari lalu, kita menggempur kawasan yang sama membabitkan tapak pembinaan hampir dengan persisiran pantai dan dikenal pasti sebagai lokasi transit pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk masuk dan keluar ke negara ini secara haram,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mustafar, sindiket tersebut mengenakan kadar bayaran RM600 sehingga RM1,200 bagi setiap PATI. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×