Bapa pengacara Iesya Toh meninggal dunia ketika mengerjakan umrah  - Utusan Malaysia

Bapa pengacara Iesya Toh meninggal dunia ketika mengerjakan umrah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bapa pengacara Radio Televisyen Malaysia (RTM), Iesya Toh meninggal dunia di Madinah sekitar pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) semalam. 

Arwah bapanya, Sanny Toh Abdullah, 65, sebelum itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di sana selepas rebah ketika menuju ke Mekah untuk melakukan ibadah umrah. 

Sepatutnya arwah bapa dan ibunya akan pulang ke tanah air pada 14 Februari ini selepas berangkat pada Sabtu minggu lepas. 

Arwah Sanny akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah selepas solat Jumaat hari ini di Masjid Nabawi (mengikut waktu Madinah).

“Rezeki abah yang dilahirkan bukan Islam tetapi pengakhiran yang sangat diidamkan oleh semua umat Islam. 

“Ustaz pesan jangan menangis. Kemuliaan itu ada. Abah dikebumikan di Baqi’ dan Insya-Allah akan disolatkan selepas solat Jumaat esok oleh ratusan ribu jemaah lain. Masyaallah,” tulisnya di Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×