Bukan bertujuan tutup kebenaran - Utusan Malaysia

Bukan bertujuan tutup kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas dakwaan Pakatan Harapan bahawa penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu oleh kerajaan adalah bertujuan untuk menutup kebenaran.

Beliau yang merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, cadangan untuk menggubal undang-undang tersebut bukan untuk menutup kebenaran kerana terbukti wujud­nya penularan berita palsu se­perti yang berlaku pada kempen Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13).

“Apakah kebenaran? Adakah ‘kebenaran’ seperti diperkatakan pada PRU-13 melibatkan dakwaan 40,000 warga Bangladesh dibawa ke negara ini? Apakah itu bukan berita palsu?

“Akan ada berita-berita palsu pada saat-saat akhir sebagai strategi kempen,” katanya kepada pemberita selepas mengha­diri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×