Lapan kakitangan QEH buat tuntutan palsu didenda - Utusan Malaysia

Lapan kakitangan QEH buat tuntutan palsu didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 8 Feb. – Lapan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth (QEH) yang didakwa membuat tuntutan kerja lebih masa palsu antara Februari hingga Jun 2016 dijatuhkan hukuman denda atau penjara di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tujuh tertuduh iaitu Mohd. Rosidih Mohd. Said didenda RM15,000, Terence Linchos didenda RM17,000, Jaduin Untop (RM18,000), Zulkifli Arun (RM14,000), Juraineh Musalim (RM7,000), Noor Salim Mohd. Zin (RM12,000) dan Mohd. Akmal Hafiz Mohamad Ariff sebanyak RM12,000 yang perlu dijelaskan jika tidak masing-masing bakal menjalani hukuman penjara tiga bulan.


Seorang lagi tertuduh iaitu Naza Fadirul@Mick Ab. Satar didenda RM20,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayarnya.


Hakim Abu Bakar Manat menetapkan hukuman tersebut selepas kelapan-lapan tertuduh mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.


Dalam prosiding itu, pendakwan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rozanna Abd. Hadi dan Rustam Sanip daripada Suruhanjaya Pencegahn Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tertuduh diwakili peguam Hairul Vyron serta Ram Singh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×