Korea Utara bakal berdepan sekatan paling tegas - Utusan Malaysia

Korea Utara bakal berdepan sekatan paling tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 7 Feb. – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence mengumumkan Washington bakal mengenakan sekatan yang paling tegas terhadap Korea Utara, sambil menambah bahawa Pyongyang tidak akan dibenarkan untuk ‘merampas’ Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung Jumaat ini.

Bercakap di Jepun sebelum menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan, Pence berjanji bahawa Washington akan memperhebatkan kempen tekanan maksimum terhadap Korea Utara bersama sekutunya, Jepun.

“Saya mengumumkan hari ini bahawa AS tidak lama lagi akan memperkenalkan sekatan ekonomi yang paling sukar dan paling agresif terhadap Korea Utara,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Lawatan tiga hari Pence ke Jepun dibuat ketika Washington berusaha untuk memperkukuh hubungan dengan sekutunya di rantau ini dan mengekalkan tekanan terhadap Pyongyang meskipun perbincangan di Semenanjung Korea telah dimulakan baru-baru ini.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×