Litrak tawar diskaun empat tol sempena perayaan Tahun Baru Cina - Utusan Malaysia

Litrak tawar diskaun empat tol sempena perayaan Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 7 Feb.- Kumpulan Gamuda akan memberikan diskaun kepada kira-kira 653,500 pengguna yang akan melalui empat lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu hadapan.

Diskaun tol antara 20 sen hingga 60 sen itu akan diberikan kepada pengguna yang akan melalui Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) dan Lebuh Raya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, pemberian diskaun itu diberikan kepada pengguna Kesas, LDP dan Sprint bermula pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 16 Februari ini.

“Selain itu, bagi pengguna Smart pula, mereka akan menikmati diskaun lebih awal iaitu pada 10 Februari bermula pukul 6 pagi sehingga 6 pagi keesokkan harinya.

“Diskaun tol yang akan diberikan bagi tol LDP ialah sebanyak 60 sen manakala Sprint pula 20 sen bagi semua kelas kenderaan sementara bagi Kesas pula diskaun 20 sen untuk kenderaan 1 sahaja serta pengguna Smart diskaun 30 sen akan diberikan kepada kelas kenderaan satu dan empat,” katanya pada sidang akhbar di Rumah Perawatan Sentosa di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×