Bayi perempuan enam bulan meninggal dunia dipercayai didera - Utusan Malaysia

Bayi perempuan enam bulan meninggal dunia dipercayai didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai didera meninggal dunia di Hospital Taiping di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, bayi yang dikenali sebagai Nur Khayra itu dihantar ke hospital oleh ibu bapanya pada Jumaat lalu kira-kira pukul 6.30 petang selepas didapati dia tidak sedarkan diri selepas jatuh dari buaian.

Katanya, bayi itu kemudiannya dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi dan telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan.

“Laporan pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) menunjukkan bayi itu mengalami pendarahan di bahagian otak dan di dalam mata.

“Pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihak hospital juga mendapati terdapat unsur-unsur penderaan yang dilakukan sama ada dengan niat mahupun sebaliknya, ” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini hari ini.

Menurut Mohamad Taib, bayi itu disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN