RAWATAN tadisional wajah masih jadi kegilaan wanita memandangkan ia selamat daripada suntikan dan bahan kimia. Totok wajah terkenal sejak bertahun lamanya sebagai salah satu perubatan tradisional di China. Terapi ini dipercayai membuatkan wajah menjadi lebih sihat dan dapat membantu mengubati penyakit.
Totok atau acupressure adalah kaedah akupuntur tanpa menggunakan jarum. Ia menekan titik-titik tertentu pada wajah menggunakan hujung jari.
Menurut Tenaga Pengajar dan Pengasas The Beauty Expert Academy, Mastura Idris, rawatan tradisional wajah seperti totok wajah adalah jenis urutan muka menggunakan ekstrak tujuh bunga.
“Urutan wajah tanpa menggunakan jarum ini hanya menggunakan jari-jemari.
“Titik-titik pada wajah yang disentuh atau diurut akan menaikkan aura sekali gus wajah akan terlihat lebih cerah, tegang serta awet muda serta- merta,” katanya kepada Seri.
KELEBIHAN TOTOK WAJAH
Ekstrak tujuh jenis bunga rose dijadikan pati untuk urutan totok di spa The Beauty Expert Academy. Ia boleh menaikkan seri wajah seseorang, menyerlahkan kecantikan asli wanita, menaikkan keyakinan diri dan semangat individu.
* Dapat membantu menaikkan aura seri
* Dapat menaikkan tulang pipi dan dapat menganjalkan kulit
* Dapat menghilangkan stres dan sakit kepala
* Dapat mengurangkan double chin jika urutan dibuat secara konsisten
* Membantu menghilangkan garisan halus di bahagian tepi mata
* Dapat membetulkan pengaliran darah
* Dapat mengecilkan pori-pori
* Awet muda
Amaran: Rujuk pakar bertauliah untuk menentukan titik betul bagi urutan wajah.
IMPAK URUTAN
Kulit wajah akan glowing serta merta dan nampak berseri serta segar.
SIAPA SESUAI?
Wanita berumur 18 hingga 49 tahun bagi mengurangkan kulit tidak bermaya, memberi keyakinan dan wajah kembali segar berseri.
KEBAIKAN & KEKURANGAN
Kebaikan: Tidak berbahaya, sebaliknya ia dapat mengembalikan kesihatan, keserian wajah dan tampak lebih segar berpanjangan.
Kekurangan: Jika tidak diamalkan selalu, wajah tidak naik seri dan akan muncul eyebag yang ketara.










