
SERAM sejuk Kekda mendengar kisah seorang pelakon muda ini yang khabarnya sedang diintai golongan songsang. Kalau tengok wajah pelakon berusia 19 memang tidak dinafikan ramai yang jatuh cinta. Malah Kekda sendiri yakin dengan bakat dan wajah yang dimilikinya peluang untuk menyinar sangat cerah.
Ketika ini juga nama Meerqeen sendiri juga sudah menjadi antara pelakon lelaki pilihan ramai. Berebut-rebut khabarnya penerbit cuba mendapatkan wajah ini dalam produk mereka.
Jadi peminatnya memang tidak terhad kepada sejenis golongan sahajalah, bukan lagi rahsia yang ketika ini ramai peminat wanita yang sedang menggilai pelakon baharu ini.
Cuma yang Kekda terkejut khabarnya ada individu daripada golongan kaum sejenis yang cukup berani mencuba nasib merebut cinta Meerqeen. Aduhai, lain macam betul peminat sekarang ya.
Cuma mengikut cerita, Meerqeen sendiri memang tidak mempunyai minat ke arah kaum sejenis. Pendek cerita, si kacak ini normal, tidak mahu jalinkan hubungan yang tertentangan.
Walaupun buat masa ini dia masih belum mempunyai kekasih, Kekda yakin Meerqeen sendiri tidaklah begitu terdesak untuk berada dalam hubungan seperti itu. Tidak mengapa dik, fokus dahulu kerjaya, cinta datang kemudian.
Jadi pesan Kekda kepada golongan sejenis ini janganlah mencuba nasib dengan pelakon ini, memang dia tidak layan. Cuma kalau minat secara ikhlas itu, Kekda yakin Meerqeen sendiri tidak ada masalah. Cuma kalau ada yang harapkan benda lain selain keikhlasan, pasti tidak ke mana. – MINGGUAN MALAYSIA











