Agong berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja - Utusan Malaysia

Agong berangkat ke hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat ke-249  Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berangkat hadir ialah semua Raja-Raja Melayu kecuali Sultan Pahang dan Kelantan.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra.  

Pada hari kedua mesyuarat yang bermula kira pukul 10.40 pagi itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing.  

Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×