Kod etika wajibkan pengisytiharan aset kepada SPRM - Utusan Malaysia

Kod etika wajibkan pengisytiharan aset kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Julai – Kod etika yang bakal dilaksanakan terhadap anggota Kabinet serta ahli Parlimen kerajaan mengkehendaki pengisytiharan aset dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbanding hanya kepada Perdana Menteri semasa pentadbiran sebelum ini.

Ketua Pe­ngarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, kod etika yang turut melibatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu sedang berada dalam kajian Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti-rasuah (JKKMAR).

Jelas beliau, kertas cadangan kod etika itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh beberapa minggu ini meskipun jawatankuasa Kabinet berkenaan telah diberikan tempoh tiga bulan sebelum ia dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk kelulusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pekeliling rasmi untuk kod etika itu perlu mendapat kelulusan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, seluruh anggota Kabinet serta ahli Parlimen kerajaan akan tertakluk di bawah kod etika yang meletakkan mereka di bawah taksiran anggota pentadbiran dan dikehendaki mengisytiharkan aset masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×