Kylie Jenner bilionair termuda dunia - Utusan Malaysia

Kylie Jenner bilionair termuda dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai- Kylie Jenner mungkin dikenali sebagai adik kepada selebriti Kim Kardashian, namun kelebihan yang dimiliki Jenner menyebabkan dia mempunyai kekayaan dua kali ganda daripada kakaknya itu.

KYLIE JENNER kini remaja terkaya dunia.

Mempunyai 110 juta pengikut di laman sosial Instagram, Jenner turut dikenali sebagai pengusaha kosmetik paling berjaya ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah melalui perniagaannya yang dibina selama tiga tahun itu, Jenner yang mencecah usia 21 tahun pada Ogos akan datang bakal dikenali sebagai bilionair paling muda di dunia memecah rekod pemilik Facebook, Mark Zuckerberg yang menjadi bilionair pada umur 23 tahun.

Menerusi majalah Forbes juga selain Kylie Cosmetics, Jenner juga turut menjadi duta kepada beberapa produk antarabangsa yang menjadikan nilai ibu muda ini AS$36 bilion.

Bercakap mengenai kejayaannya ini, Jenner mengakui kemudahan yang ada di media sosial memudahkan dia untuk mendekati pelanggannya.

“Saya mempunyai capaian yang mudah kepada peminat dan pelanggan saya,” katanya kepada majalah Forbes.

Selain itu kejayaan yang dimiliki Jenner sentiasa menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana memandangkan empayar perniagaan ini datang melalui hasil titik peluhnya sendiri.

Berkongsi mengenai perancangan masa depan, Jenner mengakui jika anaknya Stormi yang kini berusia enam bulan meminati bidang yang sama, dia tidak teragak-agak untuk membiarkan Stormi mewarisi perniagaannya kelak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×