Tiada wujud prosedur tapisan keselamatan tambahan untuk China - Utusan Malaysia

Tiada wujud prosedur tapisan keselamatan tambahan untuk China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Julai – Kementerian Dalam Negeri menafikan telah memberi persetujuan prosedur tapisan keselamatan tambahan dalam semua proses visa Malaysia bagi pelancong dari semua negara termasuk China.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, pada masa ini pelancong yang ingin ke Malaysia akan memohon visa melalui dua pilihan saluran.

“Permohonan visa secara manual melalui Pusat Sehenti Setempat (OSC) dan permohonan visa secara atas talian (eVisa), kedua-dua pilihan ini boleh dipohon oleh pelancong warganegara China.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atau boleh memohon melalui pilihan ketiga Electronic Travel Registration and Information (eNTRI) iaitu fasiliti khas yang diberikan kepada warganegara China sepanjang tempoh pelaksanaan pengecualian visa iaitu sehingga 31 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai kewujudan prosedur tapisan keselamatan tambahan bagi pelancong China ke Malaysia yang akan dilaksanakan oleh Chinese Citizen Security Assessment Centre to Malaysia (CCSACM).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×