Ustaz Kazim tangguh hasrat jual - Utusan Malaysia

Ustaz Kazim tangguh hasrat jual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Masalah kekura­ngan dana untuk menguruskan Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi dekat sini dilihat hampir selesai apabila pemiliknya, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias mengumumkan untuk menangguhkan hasrat untuk menjual unit tersebut.

Keputusan itu diambil selepas satu perbincangan dibuat bersama ahli jawatankuasa pusat pendidikan itu termasuk mengambil kira kesudian pihak luar termasuk kerajaan negeri Perak untuk membantu pusat pendidikan tersebut.

Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah yang lebih dikenali dengan Ustaz Kazim itu berkata, keputusan mahu menutup pusat tahfiz itu sebelum ini sebenarnya tidak akan dilakukan dalam masa terdekat memandang­kan pihaknya perlu memikirkan juga mengenai masa depan para pelajar dan guru serta kakitangan yang bertugas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan untuk menutupnya merupakan perancangan untuk tahun 2019 selepas mengambil kira keadaan saya yang seolah-olah disekat daripada menyampaikan ceramah kerana dana mengurus banyak bergantung pada ceramah. Kami akan memberi notis sekurang-kurangnya empat bulan sekiranya unit tersebut ditutup,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×