PHT raikan pelajar cemerlang - Utusan Malaysia

PHT raikan pelajar cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 11 Julai – Politeknik Hulu Terengganu (PHT) di sini hari ini menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sesi Disember 2017 yang dimeriahkan dengan jamuan sambutan Aidilfitri.

Majlis serentak itu bagi meraikan kejayaan para pelajar yang mencapai tahap membanggakan dan memberi motivasi kepada pelajar lain untuk mengikuti kejayaan mereka, dan sekali gus turut mendekatkan lagi institusi berkenaan dengan masyarakat setempat.

Pengarahnya, Wan Mohd Hujjatullah Wan Ghazali memberitahu, seramai 55 orang pelajar mendapat Anugerah Ketua Jabatan dan 92 orang pelajar mendapat Anugerah Ketua Program dari dua jabatan iaitu Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Jabatan Perdagangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penerimanya termasuklah Aina Athira Azmi (Anugerah Ketua Jabatan pelancongan dan Hospitaliti) bersama  Nur Liyana Liwani Salim di samping Nur Waheeda Wahid Supian (Anugerah Ketua Jabatan Perdagangan dan Nor Husnina Abdul Razak.

Program di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu itu dimulakan dengan ceramah dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberi maklumat kepada golongan pelajar supaya tidfak mudah terjebak dalam gejala yang boleh memusnahkan masa depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×