Lelaki kemurungan jadi mangsa samun - Utusan Malaysia

Lelaki kemurungan jadi mangsa samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 10 Julai – Seorang lelaki yang dipercayai menghidap masalah kemurungan disamun dua lelaki bersenjata parang di Taman Selamat di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira – kira pukul 3.30 pagi, mangsa berusia 53 tahun sedang menunggu di hadapan gerai makan untuk bersarapan di situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak mendapati suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira dipercayai terlibat dalam kes itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, suspek pertama bersenjata parang dipercayai telah mengugut mangsa dan meminta diserahkan barangan berharga.

“Mangsa tidak dicederakan tetapi mengalami kerugian wang tunai RM50 selain telefon bimbit, kad pengenalan dan lesen memandu turut dilarikan suspek,” katanya di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, seorang lagi suspek pula dipercayai menggunakan batang besi untuk menakutkan mangsa.

“Mereka kemudian melarikan diri dan polis kini sedang mengesan kedua-dua suspek,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×