ABUJA 11 Julai – Sekurang-kurangnya 21 penumpang sebuah bot dikhuatiri maut selepas ia karam di utara Nigeria, semalam.
Menurut pihak berkuasa, bot tersebut yang membawa seramai 30 penumpang terdiri daripada peniaga dan barangan jualan mereka terbalik akibat dipukul angin kencang di sungai di daerah Isa di Sokoto ketika hujan lebat Sabtu lalu.
Lapan penumpang berjaya diselamatkan dan mayat seorang daripada mereka sudah ditemukan, jelas jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Suleiman Karim.
“Bot itu dipenuhi barangan dan penumpang, selain operasi menyelamat berdepan dengan kesukaran akibat arus air sungai yang kuat.
Seorang pekerja penyelamat dan penyelam yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat memaklumkan bahawa seramai 21 penumpang dipercayai maut dalam insiden tersebut. – AFP











