TFC 1 tumbangkan Kuala Lumpur 3-1 - Utusan Malaysia

TFC 1 tumbangkan Kuala Lumpur 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Terengganu Football Club 1 (TFC 1) berjaya membalas dendam terhadap kekalahan lalu apabila menumbangkan Kuala Lumpur 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi. 

Skuad Warga Kota yang membenam TFC 1 3-0 dalam perlawanan 2 Jun sebelum ini terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi pemain import, Guilherme de Paula pada minit ke-32. 

Usaha TFC 1 menyamakan jaringan berhasil pada minit ke-37 selepas Abdul Malik Mat Ariff menyepak masuk bola hasil hantaran Muhamad Hafizal Mohamad. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersambung babak kedua, pemain import, Igor Zonjic berjaya meletakkan skuad Penyu di hadapan selepas menanduk gol hasil sepakan sudut Lee Andrew Tuck pada minit ke-52. 

Skuad Penyu terus melebarkan jaringan apabila pemain gantian, Abdul Latiff Suhaimi meledak gol ketiga pasukan pada minit ke-90 minit.  – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×