Heboh Ustaz Kazim mahu jual pusat tahfiz - Utusan Malaysia

Heboh Ustaz Kazim mahu jual pusat tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Penceramah bebas terkemuka, Datuk Ustaz Mohd. Kazim Elias mengesahkan akan menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah milik­nya di Manjoi dekat sini kerana tidak mampu menampung kos pentadbiran yang menelan belanja RM150,000 sebulan.

Pusat Pendidikan Al Ba­rakah terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden untuk (dewasa). Pengesahan tersebut sekali gus me­rungkai status Facebook penceramah bebas yang popular dipanggil Ustaz Kazim semalam terma­suk kemunculan iklan menjual unit tahfiz di laman mudah.my pada Sabtu lalu.

Ustaz Kazim mem-
­beritahu, beliau terpaksa menjual sebahagian pusat pendidikan yang membabitkan unit tahfiz me­nempatkan 100 pelajar ke­rana sudah tidak mampu untuk menampung kos pentadbiran keseluruhan pusat berkenaan yang mencecah RM150,000 sebulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pusat pendidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden dan saya akan menjual hanya unit tahfiz seperti disiarkan di laman mudah.my.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×