Mohamad Sabu sedia isytihar harta - Utusan Malaysia

Mohamad Sabu sedia isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bersedia untuk mengisytiharkan hartanya pada bila-bila masa sebagai langkah menyambut baik keputusan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) semalam.

Menurutnya, keputusan mesyua­rat JKKMAR bahawa anggota Kabinet dan ahli Parlimen akan tertakluk di bawah Etika Perkhid­matan Awam adalah langkah yang tepat bagi mengurangkan dan menghalang sebarang bentuk amalan rasuah.

“Saya bila-bila bersedia untuk isytiharkan harta, malah sebelum ini saya juga sudah isytihar harta di bawah program Invoke Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengisytiharan harta itu juga melibatkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, sebelum ini kedua-dua jawatan itu dikecualikan. Saya lihat perkara ini bagus kerana Perdana Menteri juga adalah penjawat awam dan orang yang paling berkuasa, jika dikecualikan beliau akan bermaharajalela,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan 2018 di Dewan Seroja, Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 5,000 jemputan termasuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan awam Kementerian Pertahanan serta petugas media selain anak-anak yatim dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh dan ibu tunggal daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhid­matan Awam Malaysia (Puspanita).

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd. Manaf dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri serta ahli Parlimen kerajaan akan tertakluk di bawah Etika Perkhidmatan Awam yang menghalang sebarang bentuk amalan rasuah.

Jelas Perdana Menteri, perkara itu susulan daripada taksiran baharu anggota pentadbiran yang akan diperluaskan termasuk perlu mengisytiharkan aset dan pendapatan serta perlu melaporkan kepada pihak bertanggungjawab sekiranya menerima hadiah selain berbentuk makanan dan bunga.

Sementara itu, Mohamad ber­kata, kumpulan tentera Malaysia di Arab Saudi akan dibawa pulang dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×