Dua maut di LPT2 - Utusan Malaysia

Dua maut di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 8 Julai  – Dua orang maut termasuk seorang budak lelaki selepas kereta  yang dinaiki mereka dalam nahas  di Kilometer 334.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Paka dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.40 pagi, Syed Namirun Putra Syed Khairul Hissham, 11, dan kawan bapanya,  Mohamad Nor Mohammad, 28, yang tercampak keluar dari kereta meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Bapa Syed Namirun Putra, Syed Khairul Hissham Md. Akhir, 45, yang tersepit di tempat  duduk penumpang hadapan dalam kenderaan yang remuk itu pula cedera parah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Superitendan Baharudin Abdullah memberitahu pemberita, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Felda Karatong, Bandar Tun Razak, Pahang untuk mengambil anak sulung Syed Khairul Hissham, Syarifah Filzatun Athirah, 20, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun. 

“Kereta yang dipandu Mohamad Nor hilang kawalan ketika tiba di lokasi, lalu terbabas ke tepi lebuh raya sehingga menyebabkannya berpusing beberapa kali.

“Kemalangan itu menyebabkan  Mohamad Nor dan Syed Namirun Putra yang duduk di tempat duduk belakang tercampak keluar,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×