Empat maut kemalangan di Gerik - Utusan Malaysia

Empat maut kemalangan di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 8 Julai – Empat maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki dalam kemalangan melibatkan sebuah lori balak dan kereta di Kilometer 59, Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.10 petang itu, dua lelaki masing-masing pemandu treler dan pemandu kereta serta seorang wanita dan kanak-kanak terbabit maut di tempat kejadian.

Identiti kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kemalangan tersebut turut menyebabkan seorang bayi cedera parah dan dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan kecemasan.

Katanya, operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas itu dilakukan pihak bomba dan mayat mereka turut dihantar ke Hospital Gerik.

“Pihak polis masih mengawal lalu lintas di tempat kejadian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×