Rampasan baja, SPRM tahan seorang lelaki - Utusan Malaysia

Rampasan baja, SPRM tahan seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK 8 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rampasan baja di Bakri, Muar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, lelaki tersebut

ditahan tiga hari lalu oleh SPRM di Bakri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah diberikan laporan oleh SPRM bahawa mereka telah melakukan tangkapan.

“Kementerian sedia memberikan kerjasama untuk SPRM menjalankan siasatan kes tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Dialog Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Parlimen Pasir Salak dan Sambutan Aidilfitri di Arena Square

Chenderong Balai, Sungai Manik dekat sini hari ini.

Kelmarin, SPRM merampas 3,390 beg baja padi bernilai RM180,534 dalam serbuan di sebuah kilang beras di Kampung Sayur, Bakri, Muar.

Baja yang dirampas di gudang premis berkenaan dibekalkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi kontrak kerajaan menerusi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP).

Dalam serbuan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu mendapati baja berkenaan disimpan tanpa lesen sah untuk menyimpan barang kawalan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×