Remaja lelaki ditahan halang tugas polis semasa sekatan - Utusan Malaysia

Remaja lelaki ditahan halang tugas polis semasa sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan selepas menghalang tugas anggota polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke persimpangan lampu isyarat Sungai Tiram, Bayan Lepas di sini pada pukul 2.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan bertindak menunggang motosikal secara melawan arus dan hampir melanggar seorang anggota polis trafik yang bertugas di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan. berkata,  motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang suspek  kemudiannya hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati, suspek yang masih bersekolah itu dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan selepas motosikal yang ditunggangnya itu telah diubahsuai disyaki untuk menjalankan aktiviti merempit.

“Akibat kemalangan itu juga, suspek mengalami kecederaan pada bibir, luka pada kaki kiri dan lutut. Suspek kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Anbalagan, siasatan kes tersebut akan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×