Lebih 50 peratus pesalah rasuah daripada golongan belia - Utusan Malaysia

Lebih 50 peratus pesalah rasuah daripada golongan belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan menzahirkan kebimbangan berkenaan sebahagian pesalah rasuah adalah terdiri daripada golongan belia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam tempoh antara tahun 2013 hingga Mei 2018, sebanyak 2,238 individu atau 55.2 peratus daripada tangkapan keseluruhan adalah golongan belia.

“Perkara tersebut amat membimbangkan kerana mereka ialah bakal pemimpin negara pada masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun saya dimaklumkan oleh SPRM bahawa statistik tersebut adalah menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Program Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Millions Messages di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah, Khalid Samad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Datuk Bandar, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×