Trend salah laku rasuah di kalangan belia menurun - Utusan Malaysia

Trend salah laku rasuah di kalangan belia menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, trend salah laku rasuah di kalangan belia semakin menurun, menunjukkan semakin ramai rakyat sedar mengenai akibat daripada salah laku berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun tidak mempunyai statistik yang tepat, namun beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bahawa jumlah kes bagi lima tahun sebelum ini menurun berbanding sebelumnya.

“Ini bermakna belia kita semakin terdedah dan memahami masalah dan anomaliti,” katanya selepas menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada SPRM bagi penganjuran program “Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages” di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut  hadir Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull.

Bagaimanapun, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melahirkan kerisauannya terhadap jumlah pesalah laku belia yang tetap melebih separuh dari jumlah keseluruhan pesalah rasuah. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×