Terengganu hargai sumbangan besar Petronas - Utusan Malaysia

Terengganu hargai sumbangan besar Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Kerajaan negeri sentiasa menyambut baik komitmen berterusan Petronas dalam membantu masyarakat dan berharap langkah ini dapat dicontohi syarikat korporat lain.

Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sumbangan yang dihulurkan syarikat tersebut bukan sahaja menerusi aspek kebajikan, malah turut membantu golongan kurang bernasib baik dalam menguasai pendidikan.

“Kami bersyukur dan menyanjung tinggi tajaan yang diteruskan Petronas untuk beberapa program seperti Trenglish, Program Sentuhan Ilmu Pertronas (PSIP), Program Vista, Program Sekolah Amanah dan juga Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya difahamkan bahawa program Trenglish telah menerima tajaan Petronas sejak 2015 dan hingga kini telah melibatkan 50 sekolah di seluruh negeri.

Hari ini sahaja saya menyampaikan anugerah PESP kepada 43 pelajar kelahiran Terengganu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017,” katanya pada majlis itu di Institut Petronas (Instep) di sini.

Turut hadir Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman dan Naib Presiden Penapisan dan Perniagaan Petronas, Ir Mohd. Yusri Mohamed Yusof. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×