55.2 peratus pesalah rasuah adalah belia - Utusan Malaysia

55.2 peratus pesalah rasuah adalah belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Lebih separuh daripada pesalah rasuah di negara ini adalah dalam kalangan belia.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam tempoh dari 2013 hingga Mei lalu, sebanyak 2,238 atau mewakili 55.2 peratus pesalah rasuah terdiri daripada golongan berkenaan.

“Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, saya diberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa statistik tersebut menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup program Walk Stop Talk: Six Hours Quater Millions Messages di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Wilayah, Khalid Samad; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Datuk Bandar, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×