Ahli Lembaga Penasihat DBKL lantikan politik digesa letak jawatan - Utusan Malaysia

Ahli Lembaga Penasihat DBKL lantikan politik digesa letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lantikan politik atau ‘tiket UMNO’ digesa supaya meletakkan jawatan dan tidak menunggu sehingga dipecat, kata Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, tiada sebarang prosedur atau peraturan yang perlu dipatuhi berhubung peletakan jawatan berkenaan melainkan hanya menulis surat.

Beliau yang mengambil contoh abangnya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Felda tanpa apa-apa desakan berkata, semua ahli lembaga penasihat sepatutnya mengikut jejak langkah tersebut atas rasa tanggungjawab kerana kerajaan telah bertukar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah beritahu yang mana (ahli lembaga pengarah DBKL) yang dilantik atas tiket UMNO, disyorkan letak jawatan. Ada yang beritahu mereka perlu ikut prosedur, ini semua alasan. Bagi saya letak jawatan tiada prosedur apa-apa kerana hanya perlu surat.

“Kita tidak mahu mengambil tindakan pecat kerana mahu menjaga maruah mereka sekaligus baik untuk portfolio mereka. Sebaik-baiknya kalau mereka faham letak jawatan sendiri tanpa perlu tunggu tamat tempoh pelantikan,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan Shah Alam di Space U8 di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid menyarankan ahli lembaga penasihat DBKL perlu meletakkan jawatan masing-masing dengan segera selepas Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah negara.

Katanya, jawatan tersebut akan diganti dengan ahli Parlimen yang mempunyai kelayakan dan dengan persetujuan DBKL.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Khalid memberitahu, portfolio kesejahteraan bandar akan menjadi satu lagi portfolio dibawah kementeriannya dan perkara itu baru sahaja dimaklumkan kepadanya petang kelmarin.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai sama ada nama kementeriannya akan berubah atau sebaliknya kerana perlu mendapatkan maklum balas secara terperinci mengenainya terlebih dahulu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×