JERANTUT – UMNO Bahagian Jerantut melancarkan Tabung #FreeNajib bermula kelmarin bagi menampung dana sebanyak RM500,000 untuk membayar baki wang ikat jamin yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![]() |
|
DATUK Nazri Ngah
|
Ketuanya, Datuk Nazri Ngah berkata, sebagai ahli UMNO, pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa Najib dalam usaha melunaskan baki wang ikat jamin yang agak tinggi itu dalam masa terdekat.
“Tabung ini dilancarkan kerana akaun perbankan milik Najib sudah dibekukan ekoran siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan semua ahli UMNO di sini akan membantu beliau.
“Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian iju juga telah menjalankan kutipan dana ini di peringkat akar umbi” katanya di sini hari ini.
Menurut Nazri, sumbangan dana berkenaan akan dikumpulkan terlebih dahulu dan beliau akan menyerahkannya sendiri kepada Najib di Kuala Lumpur esok. – UTUSAN ONLINE












