LABUAN – Dua lelaki termasuk seorang warga Indonesia dikenali dengan panggilan Pak Tam meraih keuntungan lumayan mencecah RM1.3 juta selepas berjaya memperdayakan 650 mangsa menerusi sindiket pelaburan skim cepat kaya.
Bagaimanapun, kelicikan kedua-dua suspek termasuk dalang utama warga tempatan berusia 23 tahun itu tidak berpanjangan selepas mereka ditahan dalam dua serbuan di sekitar daerah ini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kedua-dua suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak Februari lalu dan telah memperdayakan kira-kira 650 mangsa di sekitar Labuan, Sabah dan Sarawak.
“Tangkapan dilakukan selepas kira-kira sebulan pasukan polis menjalankan risikan untuk mengesan gerak-geri kedua-dua suspek.











