PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan tindakan pembekuan akaun bank cucu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu perbuatan untuk membalas dendam.
Perdana Menteri menegaskan, jika ahli keluarga Najib tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut dan menganggap ia adalah satu kesalahan maka mereka boleh membawa perkara tersebut kepada mahkamah.
“Balas dendam apa? Yang dia buat duhulu lebih lagi, masa itu kita tidak mengadu, semua kawan-kawan saya dihalau tidak bagi berkawan dengan saya malah akaun mereka telah dibekukan tetapi kita tidak ada mengadu.
“Ini kononnya tuduhan apa nak tuduh dia boleh tuduhlah sebab dia salah kalau dia kata ini (beku akaun) salah dia boleh bawa ke mahkamah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.











