Tommy, Shukri, Amar disaman - Utusan Malaysia

Tommy, Shukri, Amar disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman sivil terhadap tiga penyiasat tertinggi yang me­ngendalikan siasatan terhadap dana berbilion ringgit dalam syarikat 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB) dan dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Tiga pegawai kanan yang disaman ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Melalui tiga saman sivil yang difailkan pada 30 Jun lalu tetapi hanya didedahkan kepada Reuters Rabu lalu, peguam Badrul Abdullah yang mewaki­li Najib, 65, sebagai plaintif mendakwa ketiga-tiga individu terbabit bertindak secara prejudis terhadap anak guamnya sepanjang tempoh siasatan mereka berkaitan skandal tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Badrul yang mengetuai salah satu daripada dua firma guaman mewakili Najib berkata, ia berdasarkan kepada kenya­taan terdahulu yang dibuat oleh ketiga-tiga individu berkenaan.

“Kami memohon mahkamah memutuskan sama ada terdapat unsur konflik kepen­tingan dalam kalangan individu yang mengendalikan kes membabitkan anak guamnya,” kata Badrul kepada Reuters.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN