Neymar ‘pelakon’ terbaik di Rusia - Utusan Malaysia

Neymar ‘pelakon’ terbaik di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAZAN – Stesen televi­syen di Switzerland, RTS Sport mendedahkan bahawa ‘ayam tambatan’ Brazil, Neymar telah menghabiskan masa sebanyak 14 minit dengan berbaring di atas padang sepanjang aksi di Piala Dunia 2018.

Menurut mereka, dakwaan tersebut telah dibuat menerusi kajian yang dilakukan oleh mereka yang lebih memfokuskan kepada dua insiden iaitu dengan membabitkan pertembungan antara Mexico dan Switzerland.

“Neymar menghabiskan terlalu banyak masa dengan berbaring di atas padang ketika menentang Mexico. Ia berlaku sewaktu pemain tengah Mexico, Miguel Layun memijak buku lali Neymar yang menyaksikan Neymar berguling beberapa kali di atas padang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Insiden kedua sewaktu menentang Switzerland pula me­nyaksikan Neymar sering menjadi mangsa corak permainan fizikal Switzerland. Ia sekali gus memberi kelebihan kepada Neymar untuk berpura-pura ce­dera di atas padang dengan lebih kerap.

“Kami rasa tempoh 14 minit itu mungkin akan bertambah sekiranya Neymar masih lagi mengamalkan sikap yang sama selepas ini,” ujarnya.

Sebagai rekod, sikap Neymar yang sering berlakon cedera di atas padang telah dipertikaikan oleh banyak pihak. Ia jelas telah mencemarkan imej Neymar sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia.

Antara individu yang membidas sikap tidak matang pemain Paris Saint-Germain itu ialah jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio sambil menyifatkan Neymar merupakan punca mengapa mereka tewas 0-2 kepada Brazil.

Dalam pada itu, perkara tersebut turut membuka peluang kepada beberapa syarikat besar seperti KFC di Afrika Selatan untuk mempromosikan produk keluaran mereka dengan menayangkan iklan sama seperti watak Neymar di atas padang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN