Vardy mungkin terpaksa disisihkan - Utusan Malaysia

Vardy mungkin terpaksa disisihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAZAN – Penyerang England, Jamie Vardy mungkin terlepas aksi suku akhir Piala Dunia menentang Sweden malam ini selepas mengalami masalah kekejangan paha sewaktu turun menjalani latihan rasmi pasukan.

Perkara tersebut disahkan oleh jurulatih, Gareth Southgate yang turut mendakwa tiga lagi pemain bakal berdepan masalah kecergasan dan berpotensi untuk digugurkan pada perlawanan tersebut.

“Vardy tidak menjalani latihan ha­ri ini sekali gus menyaksikan dia mungkin digugurkan pada perlawanan menentang Sweden, namun segala-galanya akan ditentukan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada tahap ini, kami hanya mempunyai masa yang minimum untuk menjalani latihan. Fokus pasukan adalah untuk menguatkan mental dan psikologi masing-masing bagi memburu tiket ke saingan separuh akhir,” katanya.

Selain Vardy, beberapa pemain lain turut dilaporkan mengalami masalah kecergasan.

Bagaimanapun, pengendali berusia 47 tahun itu mendakwa hampir kesemua pemain tonggak sudah pulih daripada kecederaan ringan selepas direhatkan pada perlawanan terdahulu.

“Prestasi Alli nampak begitu memberangsangkan. Saya fikir perkara ini berlaku disebabkan kami memberi rehat kepadanya selama dua hari. Boleh dikatakan hampir kesemua skuad utama England telah kembali menyertai latihan masing-masing. Segala keputusan akan ditentukan esok (hari ini).

“Pada masa yang sama, saya juga tidak mudah mempercayai setiap kata-kata pemain yang mendakwa mereka cergas. Walaupun saya faham bahawa semua pemain ini mengimpikan harapan untuk turun ke padang, namun saya tidak boleh mengambil risiko.

“Hanya pemain yang benar-benar cergas sahaja akan diturunkan tidak kira sama ada mereka berada dalam skuad kedua ataupun tidak,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN