Kebakaran dijangka dipadamkan 48 jam lagi - Utusan Malaysia

Kebakaran dijangka dipadamkan 48 jam lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 6 Julai – Kebakaran yang memusnahkan tiga tangki simpanan minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) di kawasan Perindustrian Teluk Kalong dekat sini petang semalam, dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sanjay Groover, dalam satu ke­nyataan hari ini berkata, usaha memadam dan mengawal kebakaran sedang giat dijalankan pihak bomba, namun insiden itu tidak menjejaskan keseluruhan kilang atau kawasan perumahan mahu pun premis perniagaan yang terletak berhampiran.

“KBC akan menjalankan siasatan terperinci sebaik sahaja keadaan kembali pulih dan segala maklumat tersebut akan diberikan kepada pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk makluman, operasi kilang telah dihentikan sejak tiga minggu lalu dan tiada sebarang kerja-kerja dijalankan ketika kemalangan berlaku,” katanya.

Kebakaran kira-kira pukul 6.15 petang itu menyebabkan persekitaran kawasan terbabit dise­lubungi asap hitam yang tebal dan menjulang tinggi.

Menurut Sanjay, pasukan KBC mengambil langkah awal dengan menutup bekalan gas asli dan lantas menghubungi bomba mengenai kejadian tersebut.

Katanya, kebakaran yang bermula di sebuah tangki simpanan minyak mentah kemudian me­rebak ke tangki bersebelahan tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Seorang pekerja syarikat kontraktor melecur dan segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Memandangkan, minyak men­­­tah yang terdapat dalam tangki-tangki terjejas adalah pada tahap rendah jadi sedikit seba­nyak dapat mengawal keadaan daripada menjadi lebih serius,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN