Dapur kuno berusia 4,500 tahun ditemui - Utusan Malaysia

Dapur kuno berusia 4,500 tahun ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH – Sekumpulan pakar arkeologi menemui dapur kuno berusia 4,500 tahun yang dipercayai digunakan oleh golongan buruh yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan Piramid Giza di sini.

Pasukan itu turut menemui dua tapak rumah dan dapur milik pekerja dan seorang paderi di sebuah institusi purba yang dikenali sebagai wadaat ketika mereka melakukan kerja-kerja ekskavasi di sini.

Kedua-dua tapak rumah ditemui berhampiran piramid Menkaure yang bercantum dengan kediaman seorang paderi. Pasukan arkeologi turut menemui satu objek yang digunakan untuk menghasilkan arak dan roti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, rumah berkenaan ditemui di dalam sebuah kawasan yang pernah dijadikan sebagai pelabuhan utama dan terletak berhampiran sebuah galeri yang menempatkan lebih 1,000 orang.

Berdasarkan bahan bukti, ia menunjukkan bahawa kedua-dua rumah berkenaan memainkan peranan sebagai tempat untuk memasak dan memiliki haiwan ternakan.

Bilangan penghuni yang terlalu ramai di rumah berkenaan memerlukan makanan perlu dimasak dalam kuantiti banyak bagi menampung keperluan pekerja yang membina piramid ketika zaman itu.

Bagaimanapun, satu kajian menyeluruh dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tapak penggalian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN