Dominasi Perancis makin menjadi - Utusan Malaysia

Dominasi Perancis makin menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Juara edisi 1998, Perancis sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan dari Amerika Selatan selepas menewaskan Uruguay 2-0 pada aksi suku akhir Piala Dunia 2018 di Nizhny Novgorod Arena sebentar tadi.

Sebagai rekod, Perancis telah berjaya menundukkan jaguh Amerika Selatan yang juga juara dunia dua kali iaitu Argentina pada peringkat pusingan 16 terbaik minggu lalu.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu tidak mempunyai masalah untuk memastikan Les Blues melangkah ke pentas separuh akhir buat kali ke-6 dalam sejarah dan pertama kali sejak edisi 2006.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada perlawanan tersebut, Uruguay berdepan tekanan hebat selepas penyerang sensasi, Edinson Cavani tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan utama ekoran kecederaan.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Perancis untuk mendominasi sebahagian besar pada babak pertama dan selepas pasukan lawan gagal memberi sebarang kesukaran di bahagian pertahanan mereka.

Gol pembukaan Perancis berjaya diperoleh menerusi tonggak pertahanan, Raphael Varane pada minit ke-40 selepas dia menanduk gol hasil hantaran Antoine Griezmann.

Bersambung pada babak kedua, Uruguay berusaha untuk mencari gol penyamaan tetapi barisan serangan yang diketuai oleh Luis Suarez gagal menguji penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Lebih malang, Griezmann menjadi duri dalam daging buat pasukan bimbingan Oscar Tabarez itu dengan gol kedua pada minit ke-61 dengan rembatan kencang yang mengelirukan penjaga gol Uruguay,  Fernando Muslera.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN