Baru tahukah?
Ributan teknologi yang mencucuk neuron-neuron fikiran
jari bersilat memenggal Haq Yang Satu
Berdenting syiling emas suasa
membuat manusia disuntik Estacy
berkinja-kinja tak keruan
menumpah darah bagaikan air hujan
Colt M1911 mengekeh gelak
memecah hening bingit
tanda manusia berevolusi
berupa haiwan durjana
Bersilih ganti silauan besi
menyelar arteri yang kesibukan
merembeskan kemerahan nanah
terpalit peristiwa duka
terpana seketika
Akal menjerit bangkang
nafsu mengilai di sebalik hati
rasa gundah tak sudah
Iman berkocakan resah
dunia makin menggila
kemanusiaan retak seribu
menanti hentak menjadi abu
manusia bukan manusia
bukan juga syaitan
bukan juga haiwan
ia makhluk yang diciptakan Tuhan
sama ada menjadi bahan bakar neraka
atau duduk si singgahsana syurga
masih lagi berfikir?
sampai kiamat takkan habis!
TANZILUL FURQAN
POKOK SENA, KEDAH











