Pompeo tiba di Pyongyang, bincang isu pelucutan senjata nuklear - Utusan Malaysia

Pompeo tiba di Pyongyang, bincang isu pelucutan senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG 6 Julai – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo tiba di Pyongyang hari ini bagi membincangkan isu pelucutan senjata nuklear dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, susulan kejayaan sidang kemuncak antara kedua-dua negara sebelum ini.

Terdahulu, Jong-un dilaporkan bersetuju untuk melucutkan senjata nuklearnya di Semenanjung Korea sepenuhnya.

Washington berharap Jong-un akan mendedahkan sejauh mana program senjata nuklearnya dan bersetuju untuk melucutkan senjata nuklear dalam tempoh waktu tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemimpin kami telah menyatakan komitmennya pada sidang kemuncak di Singapura berhubung pelucutan senjata nuklear Korea Utara sepenuhnya.

“Pada lawatan ini, saya cuba memenuhi beberapa butiran mengenai komitmen berkenaan dan meneruskan momentum ke arah pelaksanaan yang dijanjikan oleh kedua-dua pemimpin kepada dunia,” jelas Pompeo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN