Piala FA: Red Giants selesa dengan status 'underdog' - Utusan Malaysia

Piala FA: Red Giants selesa dengan status ‘underdog’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selangor mengakui  turun dalam aksi final Shopee Piala FA 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, sebagai pasukan bukan pilihan atau ‘underdog’.

Skuad Red Giants menyifatkan ramai yang tidak menyangka kemampuan pasukan itu untuk beraksi di peringkat akhir selepas berdepan pelbagai masalah musim ini.

Namun, ketua jurulatihnya, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir optimis anak buahnya bakal mempamerkan saingan sengit kepada Pahang, terutama penampilan daripada pemain muda skuad itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selangor mempunyai pemain berpengalaman dan ditambah pula dengan kombinasi pemain baharu yang berpotensi besar, ia tidak boleh dipandang rendah pihak lawan.

“Saya jangkakan perlawanan esok agak berlainan dengan aksi final sebelum ini, kerana Pahang juga mempunyai barisan pemain yang cukup berpengalaman di pentas final,” katanya pada sidang media pra-perlawanan final Piala FA 2018, di sini hari ini.

Selangor mengesahkan tempat di final Piala FA 2018 dengan kemenangan agregat 5-1 selepas seri 1-1 berdepan PKNS FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Penampilan skuad Red Giants pada final Piala FA kali ini adalah yang kelapan dan memburu gelaran juara buat kali keenam selepas kali terakhir muncul juara pada 2009.

Dalam pada itu, Nazliazmi berkata Selangor berkemungkinan tidak dapat menurunkan pemain pertahanan import, Willian Pacheco yang cedera selepas dikasari Safee Sali pada babak kedua aksi separuh akhir yang lalu.

“Jika melihat pada keadaan terkini beliau (Pacheco), 50-50 untuk diturunkan…malah dalam tempoh persiapan dalam beberapa hari ini, dia tidak turun padang.

“Namun, jika Pacheco tidak dapat bermain, kita masih ada Mohd Razman Roslan dan juga Muhd Amirul Haziq Rasmizal untuk bermain di posisi itu,” katanya.

Sementara itu, Kapten pasukan Mohd Amri Yahyah yakin barisan pemain muda yang bakal diturunkan malam esok mampu mengejutkan benteng lawan.

“Jangan fokus pada saya, tapi sepatutnya Pahang perlu berwaspada dengan pemain muda kami. Saya tidak mengejar rekod peribadi kali ini, kerana kemenangan pasukan lebih penting,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN