Yakult yakin skuad negara B-19 mampu juara AFF 2018 - Utusan Malaysia

Yakult yakin skuad negara B-19 mampu juara AFF 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai- Penaja pasukan bola sepak Malaysia, Yakult Malaysia Sdn Bhd yang merupakan pengeluar minuman probiotik yakin skuad bawah 19 tahun negara (B-19) berpeluang menjuarai Kejohanan AFF B-19 2018.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, selepas menyaksikan skuad B-19 negara meraih kemenangan kedua dengan menewaskan Brunei 2-0, di mana sebelum ini mereka menewaskan Kemboja dengan jumlah jaringan yang sama.

“Saya yakin pasukan negara mampu menjuarai kejohanan ini dengan kemampuan yang dimiliki setiap pemain. Sebelum ini pihak Yakult telah membawa pasukan ini membuat persiapan di Jepun pada 14 hingga 19 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Yakult Malaysia telah menandatangani perjanjian penajaan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan jumlah tajaan sebanyak RM3.9 juta selama tiga tahun bermula Januari 2018 sehingga 2020.

“Kami berharap semua orang akan bersama kami untuk menyumbang dan memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kebangsaan dalam usaha mereka untuk menempa nama di peringkat antarabangsa. Ini merupakan sokongan kami kepada sukan nombor satu di Malaysia,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN