PUTRAJAYA 6 Julai – Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz selesai memberi keterangan kepada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hari keempat.
Proses merakamkan keterangan Riza hari ini berlangsung selama lapan jam.
Beliau tiba pada pukul 9.50 pagi dan keluar untuk menunaikan solat Jumaat pada 12.50 tengahari dan masuk semula pada pukul 2.30 petang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Riza dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM pada pukul 7.35 malam dengan menaiki kereta jenis Audi berwarna hitam, turut menemani beliau ketika berada di ibu pejabat SPRM untuk keterangan adalah peguamnya, Datuk K. Kumaraendran. – UTUSAN ONLINE











