KP SPRM angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

KP SPRM angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull di Istana Negara, hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei lalu telah memperkenankan pelantikan Mohd. Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.

Kata kenyataan itu lagi, majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Timbalan-timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Azam Baki, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil dan Datuk Ja’afar Mahad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN