Yayasan Emkay, Yayasan Pulau Banding, YPOUBM dan UiTM memeterai MoU - Utusan Malaysia

Yayasan Emkay, Yayasan Pulau Banding, YPOUBM dan UiTM memeterai MoU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERAH – Yayasan Emkay, Yayasan Pulau Banding dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mempromosikan kerjasama akademik bertaraf antarabangsa.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr. Hassan said bersama Ketua Pegawai Eksekutif ketiga-tiga yayasan iaitu Zainon Kasim, Datuk Dr. Abdul Rashid Malik dan Dr. S. Sabapathy dengan disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi dan Penasihat Yayasan, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut diadakan, Majlis Penyerahan Pemulangan Orang Utan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak oleh Mustapha Kamal kepada Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh. 

Penyerahan secara simbolik dua Orang Utan iaitu Ah Ling dan Carlos itu oleh YPOUBM selepas dipinjamkan oleh perbadanan tersebut pada tahun 2,000. Kedua-dua Orang Utan tersebut akan dihantar pulang ke Sarawak pada September ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN