Samsung Galaxy S9, S9+ kini dengan warna Sunrise Gold - Utusan Malaysia

Samsung Galaxy S9, S9+ kini dengan warna Sunrise Gold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Samsung Galaxy S9 dan S9+ kini secara rasminya didatangkan dengan warna Sunrise Gold bagi pasaran tempatan.

Presiden Samsung Malaysia Electronics (SME), Yoonsoo Kim berkata, telefon pintar tersebut adalah peranti pertama Samsung yang pertama didatangkan dengan kemasan satin gloss, sekali gus memberikannya rupa yang lebih sofistikated.

“Kami teruja untuk mengumumkan ketibaan Samsung Galaxy S9 dan S9+ Sunrise Gold untuk meraikan musim panas dan pada masa sama menawarkan pelanggan Samsung pilihan warna yang neutral jantina serta bersesuaian bagi semua peringkat usia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Samsung memilih nama Sunrise Gold kerana warna itu mewakili saat magikal apabila cahaya matahari menerangi ufuk di waktu pagi. Kami yakin warna ini akan menerima sambutan hangat di pasaran Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsung Galaxy S9 dan S9+ direka dengan menerapkan konsep mengambil gambar setiap hari dengan cara istimewa.

Dilancarkan pada Mac 2018, setiap warna yang didatangkan mewakili waktu yang berbeza pada setiap hari iaitu Midnight Black diinsipirasikan daripada waktu malam, Coral Blue (subuh) dan Lilac Purple (senja).

Konsep sama turut diguna pakai bagi warna Sunrise Gold, yang mana ia boleh dibeli di semua rangkaian Samsung Experience dan Samsung Malaysia Online Store pada harga RM3,109 (64GB) dan RM3,769 (128GB).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s9/. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN